BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 13, 2010

assalamulaikum...
pada malam ini terasa kelainan...
seperti aku akan pergi...
sayup rasa hatiku...
serba tidak kena dengan diriku...
adakah perasan ini,aku menjadi buntu...
oh tuhan....
berikan la aku kekuatan...

Monday, January 4, 2010




Pada malam tadi telah berlaku situasi iaitu aku terjaga dari tidur dan aku berpura-pura tidur hanya untuk mendengar perbualan seorang insan dan insan lain yang ku gelar dan anggap sebagai kawan baik serta rapat denganku telah mengutuk dan menghina diriku. Perkara yang dibangkitkan oleh insan ini adalah semasa aku bertemu dengannya di suatu lokasi bersama dengan rakan-rakan yang lain untuk mengteh. Namun apa yang berlaku ialah aku telah tersalah cakap mengenai pangkat tun dr.mahadhir. Si insan ini telah memaku kata-kata aku. hal ini telah si insan buka balik pada malam tadi. Betapa aku merasakan yang diriku telah dihina. aku bersabar sahaja... aku tidak menyangka bahawa hal seperti ini terjadi. Aku terkilan dan hanya berpura - pura tidur sahaja untuk mendengar perbualan mereka berdua. Betapa Sedihnya aku rasakan dalam diri aku ini. seumpamanya manusia tidak pernah melakukan kesilapan. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan hidayah untuk menghadapi semua ini...

Sunday, January 3, 2010




Sem baru telah bermula untuk tahun 2010...hari ini aku memulakan kelas pada pukul 8 hingga 10pagi... kelas hari ini ialah kelas aplikasi teknologi dalam perniagaan (management information system). nama lecture baru ni ialah en.hafizie.. tidak banyak yang berubah dalam kelas ini...

Saturday, January 2, 2010

assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua beloger..